Skip to main content

Sukan Asia

Fokus belajar di sebalik misi untuk negara

aqilah_1.jpg
Siti Farahiyah Yusri dan Aqilah Hasya Haris Fadzillah mengulang kaji pelajaran sekurang-kurangnya empat jam sehari untuk menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sebalik perlu bersama skuad bola baling wanita negara berdepan tugas penting dalam Sukan Asia Indonesia.

Kedua-duanya adalah pelajar cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Gombak dan pemain utama skuad negara, bagaimananpun, tugas lebih berat untuk Farahiya kerana dia menuntut dalam aliran sains. 

Mereka tetap mengutamakan tugas utama sebagai pelajar dengan mengulang kaji pelajaran empat jam sehari walaupun sibuk dengan persiapan menghadapi tuan rumah, Indonesia, dalam aksi sulung Kumpulan B, esok.

"Untuk membahagikan masa bukan senang sebab kalau mahu berjaya, kita perlu berusa keras. Masa saya lebih kepada latihan tetapi ketika waktu petang, saya mengelak keluar bagi menumpukan perhatian kepada pelajaran. Saya perlu tahan rasa mengantuk," kata Farahiya.

Aqilah pula berkata: "Saya tidak berasa tekanan kerana saya banyak pengalaman daripada MSSM (Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia). Selain itu, pemain senior turut memberi tunjuk ajar kepada saya untuk menjadi pemain yang terbaik."

Malaysia hadir ke Jakarta sebagai pasukan bukan pilihan tetapi skuad kendalian Ismail Syihabuddin itu pernah menewaskan tuan rumah ketika Kejohanan Bola Baling Asia, dua tahun lalu, sekali gus meningkatkan keyakinan untuk mencipta kejutan.

Advertisement

Must Watch Video