Pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha CKJ Racing Team Kategori CP125, Firdaus Amran menegaskan agak bertuah kerana mendapat sentuhan jentera baharu yang sesuai dengan dirinya kerana motor dari Yamaha tersebut bersaiz agak kecil sekaligus memungkinkan kejayaan pada dirinya kali ini.

Pun begitu, dia tidak mahu meletakkan tekanan besar buat dirinya sebaliknya ingin menikmati dan fokus perlumbaan pusingan pertama di Jasin.

"Permulaan saya berada pada pasukan baharu, Yamaha, sebelum ini saya bersama Honda. Jadi, jentera kali ini lebih kecil sesuai dengan saya yang berbadan kecil.

"Bagaimanapun, saya ingin berlumba dahulu supaya tahu keadaan dan prestasi. Sebelum ini, saya bawa Honda nampak agak besar tetapi kali ini agak baik," jelasnya.




Sementara itu, Pelumba Castrol Power One Honda Yuzy Racing Kategori CP 125, Haziq Hamdan mengidolakan abangnya, Firdaus Amran sebagai pemangkin menuju kejayaan pada setiap perlumbaan yang dihadapi.

" Sebenarnya, dia (Firdaus Amran) memang idola saya. Dia banyak memberi tunjuk ajar kepada saya sampailah saya ke tahap sekarang.

" Dia pun sekarang sudah menjadi lawan saya tetapi apa yang diajar selama ini akan saya gunakan sebaik mungkin," katanya.