SUKAN-LAIN

Final Unifi Piala Malaysia: Harap ada gol cantik nanti, mana tahu boleh menang Puskas!

Stadium Astro
Dayang Zainatull Aqma
22/03/2025
05:51 MYT
Sponsor Banner
Final Unifi Piala Malaysia: Harap ada gol cantik nanti, mana tahu boleh menang Puskas!
Pada 20 Mac lepas, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengumumkan perubahan tarikh untuk perlawanan akhir Unifi Piala Malaysia daripada 12 April kepada 26 April depan.
Berdasarkan pengumuman MFL sebelum ini, final edisi ke-98 itu pada awalnya dijadual berlangsung pada 12 April 2025, namun pertimbangan semula terpaksa dibuat selepas MFL mendapat permohonan rasmi daripada Sri Pahang serta persetujuan bersama Johor Darul Ta’zim (JDT).
Ini berikutan kekangan penyokong kedua-dua pasukan untuk mendapatkan tiket memandangkan tarikh asal yang masih dalam tempoh awal perayaan Hari Raya Aidilfitri.
Jadi, tiada masalah untuk penyokong kedua-dua pasukan meneruskan sambutan raya dengan tenang pada 12 April nanti. Tapi tahukah anda, hampir sedikit kepada tarikh 12 April, Dayang nak #throwback kepada 15 April pula, 16 tahun yang lepas.
Haaa bagi yang tak ingat, tahun 2009 pada tarikh 15 April, Abang Do kita iaitu Cristiano Ronaldo yang ketika itu masih lagi bergelar pemain Manchester United menjaringkan gol cantik ketika berdepan Porto dalam saingan suku akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) ketika itu.
Menariknya juga, gol cantik itu lah yang menghadiahkan Anugerah Puskas Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) kepada Ronaldo.
Mungkin dalam aksi final Piala Malaysia nanti kita akan saksikan gol cantik bertaraf anugerah berprestij itu juga daripada sama ada pemain JDT atau Sri Pahang? Rezeki Aidilfitri, siapa tahu….
Topic Berkaitan
Must-Watch Video