Pertahanan skuad hoki negara, Syed Syafiq Syed Cholan, tidak menyangka dengan hanya berbekalkan latihan selama dua minggu, dia mampu untuk memikat hati pengendali skuad kebangsaan, Roelant Oltmans, menjelang Kejohanan Final Siri Hoki Dunia bermula Selasa ini.
Syed Syafiq mendedahkan Oltmans pada awalnya tidak menjanjikan apa-apa tempat untuknya memandangkan dia masih dalam proses pemulihan daripada kecederaan.
Pemain pertahanan itu tersisih selama tiga bulan gara-gara kecederaan pergelangan tangan kiri ketika membantu Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam Liga Hoki Malaysia, Februari lalu, sebelum menjalani pembedahan pada 8 Mac lalu.
Bagaimanapun, dia memanfaatkan waktu singkat yang ada untuk kembali memikat hati Oltmans.
"Kecederaan saya amat teruk sehingga memerlukan pembedahan.
"Saya amat terkilan memandangkan saya sentiasa dilanda kecederaan seperti dalam Sukan Asia (Indonesia) lalu.
"Saya rasa seperti sudah berputus asa tetapi jurulatih masih memberikan kata-kata yang positif," katanya.
Syed Syafiq bukan sahaja berperanan sebagai pengambil pukulan sudut penalti, malah turut bertanggungjawab sebagai pelari pertama dalam skuad negara.
Dia akan kembali bergandingan dengan ketua pasukan, Sukri Mutalib -- yang turut kembali daripada kecederaan -- Razie Abdul Rahim, Faiz Helmi Jali dan Najmi Farizal Jazlan.
"Untuk menyertai 18 pemain terakhir bukan mudah.
"Jurulatih tidak pernah memberikan sebarang jaminan buat saya.
"Dia cuma katakan jika saya layak, saya perlu membuktikannya," tambahnya.