Penjaga gol negara, S Kumar, dijangka terlepas kempen Final Siri Hoki Dunia di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, bermula 26 April ini kerana belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan hamstring yang memaksanya berehat lebih dua bulan.
Skuad hoki negara perlu bersiap sedia untuk mencabar kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020 tanpa Kumar.
Penjaga gol berusia 40 tahun itu masih menjalani proses rawatan kecederaan hamstring yang memaksanya untuk berehat sekurang-kurangnya dua minggu lagi.
Dia masih belum memegang kayu hoki dan akan mengadakan perbincangan dengan ketua jurulatih, Roelant Oltmans, sama ada boleh menyertai sesi latihan skuad kebangsaan, Isnin depan.
"Sudah dua minggu saya mula menjalani pemulihan.
"Saya menunjukkan perkembangan yang positif dan saya akan berjumpa dengan doktor pada minggu depan.
"Kalau semakin pulih, saya akan memulakan latihan berkeamatan tinggi," katanya.
Kumar terlepas Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) 2019 yang menyaksikan Malaysia meraih tangga ketiga.
Penjaga gol simpanan, Hairi Abd Rahman, beraksi baik sambil Zaimi Md Deris hanya diberi peluang beraksi satu perlawanan penuh ketika di Ipoh.
"Hairi bermain dalam PSAS 2019 dan saya akan dia akan meneruskan rentak sebegitu sekiranya terpilih," katanya lagi.
Malaysia yang diundi bersama China, Brazil dan Itali dalam Kumpulan B perlu sekurang-kurangnya mara ke final untuk menyertai Kejohanan kelayakan Sukan Olimpik, November depan.