OLAHRAGA
Final 100m Kejohanan Olahraga MSSM 2024: Selangor gondol kategori B15
Lim Mei Yin dan Aryan Syahmi Aidil Hakim, memastikan status raja atau ratu pecut kategori bawah 15 Kejohanan Olahraga MSSM 2024 milik Selangor sebentar tadi.
Mei Yin yang beraksi dalam acara 100m perempuan akhir melepasi garisan penamat di tempat pertama dan melakukan catatan peribadi terbaik 12.37 saat.
"Saya sangat gembira dengan kejayaan ini kerana berjaya melakukan catatan peribadi yang terbaik. Saya cukup terharu. Saya juga sangat berbangga dapat mewakili Selangor," katanya kepada wartawan lokasi, Kamal Nizam.
Iklan
Dalam kategori lelaki, Aryan yang turun beraksi di lorong 1 memintas barisan pelumba lain di penghujung saingan dengan catatan 11.17s.
Must-Watch Video