MOTOGP
FIM MiniGP Malaysia: Qabil Irfan hampiri gelaran 190
Qabil Irfan selangkah lagi untuk mencipta kejayaan dalam kategori 190 FIM MiniGP Malaysia bagi mengulangi pencapaian tahun lalu yang cemerlang dalam kategori 160.
Pelumba kelahiran Terengganu itu mempamerkan tunggangan tekal musim ini apabila menawan empat gelaran juara dalam pusingan empat pusingan awal.
Qabil mengumpul 200 mata maksimum, kelebihan 47 mata berbanding pencabar terdekat, Farish Hafiy, yang mengutip 153 mata.
Iklan
Kategori 160 tidak kurang hebatnya apabila perebutan juara bakal berlaku sengit antara Airel Marzuki, Nguyen Viet Tuan dan Qayyim Razin.
Airel sedang mendahului kedudukan keseluruhan dengan 167 mata, diikuti rapat Nguyen yang dipisahkan dengan sembilan mata.
Qayyim Razin yang masih segar mencipta sensasi di Indonesia sebagai juara keseluruhan kategori 190 tatkala hadir sebagai sebagai pelumba jemputan dan kini berada di tangga ketiga dengan 136 mata.
"Sudah lama tak menunggang jadi aksi saya agak gugup sikit.
"Saya akan cuba kekalkan di hadapan dan buat lebih baik untuk pertahan kejuaraan," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.
Kategori SIC Ohvale Junior Championship tampaknya kejuaraan sudah sah menjadi milik Al-Adam Mikail dan misi dalam pusingan akhir di Litar Kart Sepang itu adalah untuk melaksanakan yang terbaik sahaja tanpa memandang rendah barisan pesaingnya.
"Saya akan cuba buat yang terbaik tapi kalau menang, Alhamdulillah.
"Saya terbabas dalam latihan pertama tapi saya tetap berusaha sampai akhir dan Alhamdulillah dapat meraih catatan yang baik," katanya.
Must-Watch Video