Skip to main content

Permotoran

FIM MiniGP Malaysia: Cabaran sengit menanti seawal pusingan pertama

qayyim-razim.jpg
Tumpuan bagi pusingan pertama FIM MiniGP Malaysia 2025 terarah kepada kategori 190 yang bakal berlangsung di Litar Kart Antarabangsa Sepang, esok.

Qayyim Razim dan Airel Marzuki yang bersahabat baik mengakui cabaran sengit bakal ditempuhi dengan sasaran untuk berada dalam kelompok podium di belakang Qabil Irfan.  

Airel, yang juga naib juara keseluruhan kategori 160 edisi lalu, menyasarkan podium tiga terbaik tanpa menghiraukan prestasi semasa Qabil.  

"Sejujurnya saya tidak begitu berpuas hati. 

"Tapi ini pengalaman saya menunggang dalam kategori 190 jadi saya letakkan sasaran dalam catatan masa. 

"Cuma dalam sesi latihan bebas 2 saya hampir mencatatkannya. 

"Saya mengintai kelompok ketiga terbaik untuk peluang kembali ke Sepanyol, " katanya. 

Sementara itu, pemenang tempat ketiga keseluruhan kategori 160 musim lalu, Qayyim, masih menyesuaikan diri dengan jentera baharu dalam latihan bebas hari ini. 

"Prestasi saya kurang memuaskan. 



"Saya masih mencari pelarasan terbaik. 

"Kategori ini mempunyai ramai penunggang Asia yang hebat jadi saya akan perbaiki tunggangan dan mempersiapkan motosikal (di tahap terbaik). 

"Saya jangkakan saingan esok agak mencabar," katanya di Nadi Weekend. 

Dalam pada itu, Pengurus Kejuaraan FIM MiniGP Malaysia, Zulfahmi Khairuddin, memuji usaha Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM) yang menyediakan trek dalam keadaan terbaik sempena pusingan pembukaan ini.

"Kami gembira berlumba di litar ini bagus, begitu juga keselamatan.

"Kami juga dapat bantuan daripada MAM dan SIC (Litar Antarabangsa Sepang) kerana musim lalu ada beberapa kemalangan yang boleh dielakkan," katanya. 

Advertisement

Must Watch Video