Kontinjen Filipina muncul juara keseluruhan kategori terbuka Kejohanan Judo Antarabangsa 2017 di Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Nerus, yang melabuhkan tirainya, kelmarin.
Mempertaruhkan 13 atlet, Filipina unggul dengan pungutan empat pingat emas, tiga perak dan lima gangsa di kedudukan teratas.
Gelaran naib juara menjadi milik Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) selepas mengutip tiga pingat emas, dua perak dan tiga gangsa.
Kontinjen tuan rumah, Terengganu, pula terpaksa berpuas hati di kedudukan ketiga dengan dua pingat emas, tiga perak dan tujuh gangsa.
Kedukaan Terengganu terubat selepas mendominasi kategori remaja dengan lima pingat emas, empat perak dan tiga gangsa.
Kejayaan itu jauh mengatasi naib juara, Pulau Pinang, yang mengumpul satu pingat emas, dua perak dan dua gangsa.
Sekadar memungut satu pingat emas, negara Matahari Terbit, Jepun menamatkan saingan kategori remaja di tempat ketiga.
Selain penyertaan antara negeri, sebanyak lima kontinjen asing mengambil bahagian dalam kejohanan dua hari itu, iaitu Filipina, Jepun, Singapura, Nigeria dan Maghribi dengan jumlah keseluruhan 285 atlet.