Buat julung-julung kalinya, Festival Ragbi Penampang akan berlangsung di Kompleks Sukan Penampang, hujung minggu ini.
Kejohanan yang turut mendapat restu Kesatuan Ragbi Sabah itu dianjurkan Kelab Ragbi OSCA Warriors dengan disokong oleh Lembaga Sukan Sabah dan Pejabat Ahli Parlimen Penampang.
Pengurus kejohanan, Ian Augustin, berkata, kejohanan berkenaan adalah yang terbesar dan pertama kali diadakan di daerah Penampang.
"Kejohanan ini dianjurkan selepas perbincangan daripada beberapa pihak dengan objektif utamanya ialah mempromosikan sukan ragbi di Penampang selain sebagai satu usaha untuk mencari bakat-bakat baru.
"Untuk permulaan, kejohanan ini hanya dibuka kepada pasukan dari Sabah, Sarawak serta Labuan dan kami berharap akan dapat menganjurnya secara tahunan serta menjemput pasukan dari Semenanjung Malaysia," katanya.
Ian berkata, kategori yang akan dipertandingkan dalam kejohanan itu ialah lelaki, wanita dan veteran (lelaki berusia 35 tahun ke atas).
"Sebanyak 40 pasukan bakal berentap dalam kejohanan itu dan daripada jumlah berkenaan, 21 pasukan bersaing dalam kategori lelaki, 10 pasukan dalam kategori wanita dan enam pasukan dalam kategori veteran.
"Hari pertama kejohanan, Sabtu ini, akan berlangsung di Stadium Penampang dan Padang B manakala hari kedua, Ahad ini, kesemuanya berlangsung di Stadium Penampang," katanya.
Tambahnya, penaja utama kejohanan itu ialah KASI Group manakala penaja-penaja lain termasuklah Trusted Sharks, KK Drinks Sdn Bhd, Ararat Sports dan Kinabalu North Shipyard & Maritime.
Pasukan-pasukan yang akan bertanding bagi kategori lelaki ialah Sabah OSCA Warriors, Sabah OSCA Warriors Pangaits, Sabah OSCA Warriors Barbarians, KK Sharks, Eagles Rugby Club, Monsters Rugby, Putatan Scorpionz, Keningau KTRC, Black Crows, T-REXS, Keningau Crocs, Politeknik Kota Kinabalu, Politeknik Sandakan, WIPERS 2020, Penjara Tawau, Kepayan Tigers, Sharks Black, BAMBU, T.O.B RC, SOBRUCxKinabatangan dan Tambadau RC.
Bagi kategori wanita pula, pasukan yang bertanding ialah Sabah Angel Warriors, Sabah Angel Warriors Development, KTRC Pigeon, MaidenxSisterakas, Tungku Titans, SMKPP, Eagles Rugby Club, SCWD RC, WIPERS 2020 dan Lady Sharks.
Sementara itu, OSCA Legends, Tawau Old Boys Young Men (TOBY), KK Sharks Vets, Penampang Pangaits, Young Liggers Smart, dan Kepayan Tigers Veteran akan bersaing dalam kategori veteran.