Skip to main content

Permotoran

Ferrari alami penyakit, kata Wolff

sebastian-vettel-cropped_13jzj1obky67o1blcrlrum969s.jpg
Ketua pasukan Mercedes, Toto Wolff, berkata Ferrari mempunyai 'penyakit' susulan sesi kelayakan yang buruk di Hockenheim semalam selepas kedua-dua pemandu mengalami kegagalan mekanikal.

Sebastian Vettel akan memulakan perlumbaan grand prix di laman sendiri dari petak belakang selepas masalah turbo membuatkannya terkeluar daripada sesi kelayakan buat kali pertama sejak saingan di Malaysia pada 2017.

Charles Leclerc tampak berada dalam prestasi terbaik sebelum masalah minyak menyekat kemaraannya untuk mencatat masa dalam kelayakan ketiga, sekali gus akan bermula dari petak ke-10 hari ini.

Ferrari melalui hari yang malang meskipun cemerlang ketika sesi latihan kelmarin dan lebih memburukkan keadaan, pemandu Mercedes, Lewis Hamilton, mengesahkan petak pertama buat kali keempat musim ini.

"Satu perkara yang memalukan buat Ferrari serta Vettel di laman sendiri memandangkan kami memerlukannya untuk menarik penonton. Anda boleh lihat keadaan itu. Ferrari benar-benar memiliki penyakit ketika ini dan ia perlu dirawat.

"Kami memerlukan mereka untuk kejuaraan yang sengit tetapi buat kami, saya gembira. Sesi itu bermula dengan buruk dan kami tidak faham mengapa kami kurang laju, namun perlahan-lahan prestasi itu hadir."

Advertisement

Must Watch Video