Bintang tenis Switzerland, Roger Federer, mengesahkan kejuaraan Wimbledon (SW19) buat kali kelapan selepas menewaskan pemain Croatia, Marin Cilic, dengan straight set 6-3, 6-1, 6-4, sebentar tadi.
Dia yang kali terakhir memenangi trofi Wimbledon lima tahun lalu, berjaya menewaskan lawan berusia 28 tahun itu dalam aksi yang berlangsung selama hampir dua jam.
Sepanjang perjalanannya dalam kejohanan ini, dia tidak keciciran walaupun satu set.
Federer, yang kini menduduki tangga kelima carta pemain perseorangan tenis dunia, membuktikan kewibawaannya apabila mencapai kemenangan awal 6-3 dalam set pertama.
Biarpun Cilic yang berada di tangga keenam dunia cuba untuk bangkit dalam set kedua, ternyata Federer masih mampu meneruskan kemaraan apabila tidak memberikan ruang buat lawan untuk memenangi set kedua 6-1.
Aksi kemas yang konsisten akhirnya membolehkan Federer menamatkan saingan dalam set ketiga selepas menang 6-4, sekaligus mengesahkan kejuaraan yang kali terakhir dimenanginya pada 2012.
Kemenangan itu membolehkan Federer membawa pulang hadiah wang tunai sekitar EUR2.2 juta (RM10.8 juta).