ATP
Federer kecundang di tangan Haas
Jaguh tenis Switzerland, Roger Federer, dikejutkan pemain Jerman, Tommy Haas, dalam pusingan kedua Terbuka Stuttgart, semalam.
Kepulangan Federer ke Jelajah ATP gagal menghasilkan kemenangan meskipun memenangi set pertama 6-2.
Selepas 10 minggu berehat ekoran kecederaan, aksi juara 18 kali grand slam itu jelas kelihatan tumpul, lantas membuka ruang buat Haas untuk kembali bangkit dengan kemenangan 7-6, 6-4.
Iklan
Haas yang mengakui terkejut dengan kemenangan itu berkata: "Saya terkejut dengan kemenangan ini. Berdepan lawan seperti Roger amat istimewa, terutama di atas gelanggang rumput. Sukar untuk menjelaskan apa perasaan saya ketika ini. Saya sangat gembira dengan kemenangan ini."
Haas akan berdepan pilihan keenam kejohanan, Mischa Zverez, dalam aksi suku akhir.
Must-Watch Video