Juara Terbuka Australia, Roger Federer, tidak akan beraksi dalam Terbuka Perancis bagi mengekalkan tahap kecergasannya untuk beraksi di Wimbledon.
Federer mengharungi prestasi cemerlang musim ini, dengan menjuarai gelaran di Melbourne, sebelum menambah kejuaraan ATP Masters 1000 di Indian Wells dan Miami.
Bagaimanapun, pemain Switzerland itu dilihat tidak beraksi di gelanggang tanah liat sepanjang musim ini, dengan mengakui dia memberikan fokus kepada kejohanan gelanggang rumput selepas kecederaan lutut dan belakang menghantuinya pada 2016.
Kini Federer mengambil keputusan untuk memberikan tumpuan kepada kejohanan di gelanggang keras serta rumput sepanjang musim ini.
"Saya telah bekerja keras, di dalam dan di luar gelanggang. Saya berasakan ia merupakan keputusan untuk tidak beraksi di gelanggang tanah liat musim ini dan memberikan fokus kepada kejohanan-kejohanan lain," katanya.
Keputusan Federer sedikit-sebanyak membantu prestasi Rafael Nadal yang semakin meningkat. Juara Roland Garros sembilan kali itu telah meraih kemenangan di Barcelona, Monte Carlo dan Madrid.