Legenda Kejohanan Tenis Wimbledon, Roger Federer, memberikan respons sederhana sebaik menjadi pemain pertama memenangi 350 perlawanan Grand Slam dalam acara perseorangan, awal pagi tadi.
Federer menewaskan Lucas Pouille 7-5, 6-2, 7-6 di Gelanggang Tengah untuk mencipta sejarah baru itu.
Ketika Billie Jean King mendedikasikan kiriman Twitter yang melabel pemain itu sebagai pemain terhebat sepanjang zaman (GOAT), Federer menjelaskan mengapa dia menganggap pencapaian itu agak berat sebelah.
"Rekod itu memberikan makna buat saya, namun ia bukanlah segala-galanya kerana saya sedar bukan semua orang dalam 100 tahun ini bermain dalam grand slam.
"Ia hanya diperkenalkan sejak 20 tahun lalu. Perjalanan kini sudah semakin mudah.
"Saya pasti ia akan terus berlaku dari sekarang, kebanyakan pemain akan terus beraksi," katanya.
Federer, bagaimanapun, positif dengan persembahannya sambil menambah: "Saya amat gembira untuk mara sejauh ini. Saya fikir ia perlawanan yang baik dengan Lucas.
"Sudah pasti, saya harap ada persembahan luar biasa daripada seseorang untuk menghentikan saya, bukan hanya persembahan biasa-biasa.
"Saya gembira kerana dapat meningkatkan tahap permainan saya," katanya.
Terdapat satu persoalan yang sering diajukan kepada Federer, Rafael Nadal dan Novak Djokovic.
Pemain manakah yang boleh menamatkan dominasi mereka?
Tiada petanda untuk Nadal memperlahankan penguasaannya apabila menewaskan Jo-Wilfried Tsonga 6-2, 6-3, 6-2 walaupun pemain Sepanyol itu mengakui masa sudah menghampiri penghujungnya buat ketiga-tiga gergasi tenis itu.
"Terdapat beberapa pemain terbaik dalam siri jelajah ini.
"Benar, beberapa pemain muda. Mereka memerlukan masa.
"Saya tidak tahu. Bagi saya, ia tidak mudah untuk menjawab soalan itu kerana saya sebahagian daripadanya.
"Amat sukar untuk mendapatkan jawapan yang tepat.
"Sejujurnya, apa yang telah kami capai dalam grand slam, dalam tenis, secara umumnya sepanjang 14, 15 tahun ini, adalah amat istimewa.
"Untuk mempunyai tiga pemain yang meraih banyak kejayaan seperti ini amat sukar diulangi kerana kami bermain lebih kurang pada waktu yang sama.
"Tetapi kami masih di sini. Sudah pasti akan ada seseorang hadir dan menewaskan kami atau kami akan meninggalkannya kerana kami tidak muda lagi," katanya.
Ia mungkin tidak seperi apa yang Nadal katakan. Lawannya dalam pusingan berikutnya, Joao Sousa, merupakan pemain terakhir yang meninggalkan gelanggang selepas menewaskan pemain Britain, Dan Evans, dalam aksi lima set awal pagi tadi.
Perlawanan menarik itu mungkin memikat hati juara dua kali berkenaan selepas perlawanan diheret sehingga ke lima set sebelum Sousa menang 4-6, 6-4, 7-5, 4-6, 6-4 dalam masa hampir empat jam untuk menjadi pemain Portugal pertama melangkah ke pusingan 16.
Dua pemain Amerika Syarikat (AS), Tennys Sandgren dan Sam Querrey, akan bertemu sesama sendiri dalam pusingan berikutnya.
Sandgren mengekalkan ketenangan untuk mengatasi Fabio Fognini, yang hilang kawalan emosi selepas impiannya dalam Kejohanan Wimbledon dimusnahkan, manakala Querrey meneruskan persembahan hebatnya untuk mengatasi John Millman.
Wakil ketiga AS, bagaimanapun, tersingkir apabila Kei Nishikori menundukkan Steve Johnson.
Matteo Berrettini akan berdepan Federer manakala Mikhail Kukushkin turut meneruskan kemaraan.