Selepas tidak beraksi dalam dua pusingan awal, Ahmad Fazrul Sham, cukup bersemangat untuk memulakan perlumbaan kategori CP150 dalam pusingan keempat Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas di Teluk Intan, Perak, 20 dan 21 Mei ini.
Pelumba AHM Motorsports itu terlepas aksi pusingan pembukaan yang juga perlumbaan pertama kategori CP150 di Temerloh, Pahang dan pusingan kedua di Tangkak, Johor sebelum turun ke litar untuk pertama kali pada musim ini sewaktu pusingan ketiga di Kemaman, Terengganu.
“Saya terlepas aksi pusingan awal akibat beberapa masalah yan tidak dapat dielakkan, namun sangat gembira kerana dapat kembali ke litar pada perlumbaan lepas.
"Cuma ketika di Kemaman, perlumbaan kemudian dibatalkan akibat insiden menyedihkan yang melanda rakan kami, Norizman Ismail,” kata juara CP130 tahun 2015 itu.
Meskipun begitu, pelumba kelahiran Taiping, Perak itu mengakui dia masih belum begitu serasi bersama jentera Yamaha Y15ZR yang digunakannya.
“Saya hanya sempat keluar dua kali ke litar dengan jentera baru ini sewaktu di Kemaman dan masih belum dapat menyesuaikan diri sepenuhnya.
“Jentera baru ini mempunyai teknologi yang sangat berbeza berbanding sewaktu kelas CP130. Tetapi rasanya ia bukan masalah besar. Saya yakin dapat tampil dengan aksi lebih baik minggu ini, ditambah dengan rekod baik saya di Teluk Intan,” tambah Fazrul, yang meraih podium ketiga pada musim 2016 di Teluk Intan.