'Siapa lagi degil dia akan menang', itu kata-kata peninju negara, Farkhan Haron, menjelang perlawanannya dalam saingan Johor International Boxing bagi merebut tali pinggang Bridgerweight WBC 2022

Farkhan bakal bertemu dengan Yousuf Manvandi yang mempunyai rekod sebanyak enam knockout daripada lapan perlawanan yang disertai.

"Siapa yang degil akan menang, siapa yang kurang melakukan kesilapan akan mendapatkan kemenangan. Tumpuan saya adalah beraksi sepanjang 10 pusingan, jika mendapatkan kemenangan lebih awal ia adalah satu bonus," kata Farkhan.

Ini merupakan perlawanan pertama Farkhan selepas tiga tahun dia beraksi secara kompetitif di atas gelanggang.

Manakala Yusof telah berjaya merangkul sebanyak dua kejuaraan dengan keputusan knockout musim ini.

Bagaimanapun, Farkhan telahpun menyediakan perancangan rapi untuk mengalahkan Yusof sehingga pusingan ke-10 perlawanan.