Max Verstappen mengetepikan kekecewaan di Bahrain sebelum ini dengan mempamerkan pemanduan luar biasa untuk mengatasi Carles Leclerc dan memenangi perlumbaan Formula 1 (F1) Grand Prix Arab Saudi di Jeddah awal pagi tadi.
Pemandu Red Bull itu, yang juga merupakan juara bertahan Kejuaraan Dunia, memperoleh mata pertamanya musim ini selepas memenangi saingan sengit dengan seteru daripada pasukan Ferrari berkenaan.
Ia merupakan satu kebangkitan buat pelumba Belanda itu selepas mengalami masalah mekanikal yang menghalangnya untuk memanjat podium dalam perlumbaan pertama di Sakhir minggu lalu.
Leclerc mendahului awal perlumbaan dan berada di depan rakan sepasukan Verstappen, Sergio Perez, dan kelihatan akan bergelar juara buat kali kedua berturut-turut musim ini.
Bagaimanapun, walaupun Leclerc mempamerkan pemanduan kemas di Litar Jeddah, dia kemudian dipintas Verstappen pada laluan lurus utama pusingan ke-47.
Rakan sepasukan Leclerc, Carlos Sainz, menamatkan perlumbaan di tempat ketiga manakala pelumba yang memulakan saingan di petak utama, Sergio Perez, pula mengakhir saingan di tempat keempat.

Opening our account for 2022 ?? #SaudiArabianGP pic.twitter.com/EtBn1CzQI9
— Oracle Red Bull Racing (@redbullracing) March 27, 2022