Ford akan kembali ke kancah Formula Satu (F1) sejak 2004 apabila mengumumkan kerjasama dengan Red Bull mulai 2026.
Red Bull mendedahkan kereta RB19 mereka untuk musim 2023 dalam acara pelancaran di New York City malam tadi sambil turut dihadiri penyandang juara F1, Max Verstappen, rakan sepasukannya, Sergio Perez, dan Ketua Pasukan, Christian Horner.
Dalam masa sama, mereka mengumumkan Ford kembali ke F1 selepas 22 tahun apabila akan bekerjasama dengan Red Bull untuk membina unit kuasa bagi memenuhi peraturan enjin F1 yang ditetapkan.
"Kami hebat, kami berusaha keras. Kami teruja untuk mengharungi musim sibuk pada 2023," kata Horner yang pasukannya merampas gelaran pengeluar daripada Mercedes tahun lalu selain menyaksikan Verstappen muncul juara buat tahun kedua berturut-turut.
"Ia akan menjadi musim yang luar biasa; pesaing kami pastinya tidak akan berdiam diri. Ferrari bakal berdaya saing, Mercedes juga begitu; terdapat beberapa pasukan lain yang boleh membuat kemajuan besar juga.
"Di Bahrain, dalam masa beberapa minggu lagi, kami akan dapat melihat jentera semua pasukan dan berkesempatan menilai sama ada kami telah terlepas sesuatu.
"Akan ada pasang surut sepanjang musim ini tetapi saya fikir kami berada di kedudukan yang baik.
"Kami perlu berada di puncak prestasi musim ini."

Meet the #RB19 ? Our car for the 2023 #F1 season ? pic.twitter.com/ilCfMQMxW4
— Oracle Red Bull Racing (@redbullracing) February 3, 2023