Skip to main content

Permotoran

F1: Pemilihan tayar pacu kejuaraan ke-14 Max Verstappen

verstappen.jpg
Max Verstappen berikrar untuk memburu lebih banyak lagi detik gemilang selepas meraih kemenangan ke-14 Formula Satu (F1) musim ini, malah taktik Red Bull itu menerima pujian Lewis Hamilton.

Kemenangan di Grand Prix (GP) Mexico itu, awal pagi tadi, mengangkat Verstappen mencipta kemenangan terbanyak dalam sejarah semusim F1, untuk mengatasi pencapaian Michael Schumacher dan Sebastian Vettel.

Verstappen memilih untuk beralih daripada tayar lembut kepada tayar sederhana dalam pusingan ke-26 sementara Hamilton memilih tayar jenis keras selepas bermula dengan tayar sederhana.

Pemandu Britain itu tidak berpuas hati dengan pilihan itu dan secara terbuka mempersoalkan strategi pasukannya tatkala Mercedes mengharapkan Red Bull memasuki hentian pit buat kali kedua. 

Bagaimanapun, Verstappen menambah satu lagi koleksi kejuaraannya musim ini yang menyaksikan rakan sepasukan merangkap juga pelumba tuan rumah, Sergio Perez, menduduki tempat ketiga.

Permulaan yang hebat ketika bermula di petak pertama membantu Verstappen menguasai perlumbaan itu sepanjang masa.

"Sudah tentu ia banyak membantu saya untuk baki perlumbaan, untuk kekal di hadapan selepas pusingan pertama," katanya.

"Kami juga menggunakan strategi yang berbeza berbanding kereta di sekeliling kami, tetapi ini adalah satu keputusan yang luar biasa. Kepantasan jentera kami sekali lagi sangat bagus. 

"Kami perlu menjaga tayar kami kerana penggunaannya dalam jangka masa yang sangat lama tetapi kami membuatnya berfungsi."

 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video