Ketika Sergio Perez mendapat petak pertama secara mengejut selepas kemalangan lewat Charles Leclerc mengakibatkan bendera merah untuk meninggalkan Max Verstappen di tempat kesembilan di grid -- Hamilton mengharungi satu lagi perlumbaan yang menyedihkan selepas jenteranya hilang kawalan.
Fernando Alonso menyertai Perez di barisan hadapan berikutan satu lagi persembahan mengagumkan oleh pelumba veteran dari Sepanyol, dengan pemandu Ferrari, Carlos Sainz, ketiga.
Kevin Magnussen layak di tempat keempat untuk Haas di hadapan Pierre Gasly dan Russell dari Alpine. Leclerc, yang patah sayap belakangnya dalam kemalangan di selekoh 8, sekadar layak di tempat ketujuh.
Hamilton menamatkan Q2 dengan 1.1 saat di luar rentak dan dua persepuluh di bawah rakan sepasukannya, Russell.
Hamilton, yang kembali ke pit sambil menggelengkan kepalanya, menyelar pasukannya Mercedes kerana meninggalkannya dengan meletakkan tugas sukar buatnya dalam perlumabaan sebenar nanti di Stadium Hard Rock.
"We left that WAY too late, guys!" ?️
— Sky Sports F1 (@SkySportsF1) May 6, 2023
Lewis Hamilton is eliminated in Q2 ❌ pic.twitter.com/8eUAStZ9JX