Skip to main content

Permotoran

F1: Hamilton tempelak barisan sokongan Mercedes gagal main peranan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hamilton.jpg
Lewis Hamilton kecewa apabila dibiarkan untuk membuat keputusan getir ketika situasi kereta keselamatan dalam Grand Prix (GP) Miami, awal pagi tadi. 

Hamilton berkesempatan untuk menukar tayar baru selepas Lando Norris dan Pierre Gasly terbabit dalam kemalangan bagi mengikut jejak langkah rakan sepasukan, George Russell.

Mercedes pada mulanya ragu-ragu untuk memutuskan sebarang langkah terhadap juara tujuh dunia kali Formula Satu (F1) itu yang akhirnya memilih untuk kekal di atas trek. 

Hamilton akhirnya dipintas oleh Russell di penghujung perlumbaan untuk mengesahkan tempat keenam sambil dua jentera Ferrari, Max Verstappen dan Sergio Perez, saling mengungguli aksi. 

 

Justeru, pemandu Mercedes itu tidak faham mengapa dia dibiarkan untuk membuat panggilan sama ada mahu perlu masuk ke pit atau tidak.

"Dalam senario ini (kereta keselamatan) saya tidak tahu di mana kedudukan pelumba lain dan pasukan membiarkan saya untuk membuatkan keputusan ini sedangkan saya tidak mempunyai maklumat mengenainya," katanya kepada Sky Sports.

"Itulah tugas mereka, buat keputusan bagi pihak saya; mereka mempunyai segala butiran tetapi saya tidak. Jadi itulah sebabnya saya perlu bergantung kepada mereka tetapi hari ini mereka menyerahkannya kepada saya dan saya tidak faham tentangnya. 

"Bagaimanapun, kami kurang bernasib baik ketika kereta keselamatan keluar tetapi hari ini sekurang-kurangnya kami tetap meraih mata. 

"Kami sedang menyudahkan (projek kami), kami menaruh harapan tinggi. 

"Saya teruja untuk berada satu peringkat di mana kami akan selangkah ke depan di mana kami belum mencapainya lagi."

Advertisement

Must Watch Video