Pemandu pasukan Kick Sauber, Gabriel Bortoleto, mensasarkan untuk terus menyumbangkan mata buat pasukanya itu selepas mempamerkan aksi yang menakjubkan pada perlumbaan Grand Prix Austria hujung minggu lalu.
Bortoleto menjadi tumpuan pada pusingan perlumbaan tersebut apabila berjaya menamatkanya di kedudukan kelapan, sekali gus berjaya memungut empat mata.
Ia juga sebenarnya merupakan mata yang pertama yang disumbangkan oleh Bortoleto kepada Sauber.
Lebih manis apabila rakan sepasukanya Nico Hulkenberg turut memungut dua mata selepas menamatkan kedudukan di belakang iaitu di kedudukan kesembilan pada pusingan perlumbaan tersebut.
Dengan kejayaan itu Kick Sauber kini berada pada kedudukan kesembilan secara keseluruhan dalam carta pengeluar ketika ini dengan mengumpul 26 mata mengatasi pasukan Alpine.
Alpine kekal berada di tangga tercorot di kedudukan kesepuluh dengan 11 mata manakala Sauber hanya dibezakan dua mata berbanding Aston Martin selaku pasukan yang menghuni tangga kelapan.