Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Permotoran

F1 ft Rose Blackpink

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

rose1.jpg
Tidak cukup dengan pengesahannya terbabit dalam projek runut bunyi (soundtrack) iaitu Formula 1 (F1): The Album bagi filem terbaharu sukan permotoran Formula 1 yang berjudul F1: The Movie pada Jumaat lalu, Roseanne Park (Rose) Blackpink tampil menggegar trek perlumbaan sukan kegemaran ramai itu bersempena Grand Prix (GP) Miami.

Rose yang tampil ringkas dengan jaket kulit diberikan penghormatan untuk mengibarkan bendera lumba berkotak (checkered flag) yang menandakan tamatnya perlumbaan pada Sabtu, menyaksikan pelumba Red Bull, Max Verstappen, muncul terpantas untuk memulakan perlumbaan akhir di petak hadapan (pole position).

Verstappen kini dalam misi mencari kejuaraan keduanya musim ini selepas hanya berjaya menjuarai GP Jepun serta mengisi kedudukan podium di Australia dan Arab Saudi.

Selain Rose, antara yang bakal menjayakan F1: The Album adalah penyanyi dan komposer, Ed Sheeran yang terkenal dengan lagu Shape of you dan Perfect serta penerbit dan DJ terkemuka dari Belanda, Tiesto.

F1: The Movie yang menampilkan bintang terkenal Hollywood, Brad Pitt, selaku teraju utama yang membawakan watak pelumba F1, Sonny Hayes, turut bertindak sebagai penerbit bersama pelumba Ferrari, Lewis Hamilton, dan filem ini akan mula ditayangkan di seluruh Amerika Syarikat pada 29 Jun 2025.

Advertisement

Must Watch Video