"Ibarat jatuh ditimpa tangga," itu yang dialami oleh penembak rifle negara, Ezuan Nasir Khan, yang mengalami kecederaan pergelangan tangan kanan akibat tergelincir dan terpaksa berehat buat seketika daripada sebarang sesi latihan.
Selepas mengalami retak di jari kanan pada Mac lalu, pergelangan tangannya pula mengalami kecederaan apabila tergelincir semalam dan mengalami bengkak yang agak serius.
Setakat ini, doktor mengesahkan tiada sebarang keretakan yang berlaku tetapi rawatan susulan masih perlu diteruskan kerana khuatir sakit yang berterusan akan menjejaskan sesi latihannya.
"Tiada retak yang berlaku dalam kecederaan saya. Saya agak bernasib baik kerana tiada kecederaan yang serius," kata Ezuan.
Selepas Kejohanan Menembak Asia Tenggara 2018 terpaksa dilupakan akibat kekangan kewangan, pemenang pingat emas Sukan SEA 2017 itu berharap dapat menyertai Kejohanan Kelayakan Olimpik di New Delhi tahun depan.
Apatah lagi, dia juga juga tidak dihantar menyertai Kejohanan Dunia di Changwon, Korea Selatan bulan lalu yang turut menawarkan slot Olimpik.
"Sebagai atlet, setiap kejohanan yang tidak dapat disertai agak mengecewakan," ujarnya.