E-SUKAN

E-sukan: Misi Buzzinho pertahankan kejuaraan!

Stadium Astro
Adli Aidy
10/04/2025
04:08 MYT
Sponsor Banner
E-sukan: Misi Buzzinho pertahankan kejuaraan!
Khevind Awat Ranai atau lebih dikenali sebagai Buzzinho kembali ke saingan E-Piala Malaysia mewakili pasukan Selangor untuk mempertahankan kejuaraan tahun 2024.
Juara E-Piala Malayia tahun 2024 itu bakal memulakan saingan tahun ini menentang AkmaLTHD yang mewakili Sri Pahang di pusingan 16 pada 9.15 malam ini.
Aksi Selangor menentang Sri Pahang adalah aksi yang ke ketujuh saingan tahun ini dimana sebelum itu, Kuala Lumpur Rovers, KL City, Melaka, PDRM, Sabah dan Kelantan Darul Naim sudahpun berjaya menempah slot ke pusingan suku akhir kejohanan.
Juara E-Piala Malaysia tahun ini juga akan menempah satu-satunya slot untuk bersaing di FC Pro World Championship 'Play-Ins' bagi melayakkan diri bertanding dalam Kejohanan akhir FC Pro World Championship.
Untuk rekod, Buzzinho adalah wakil Malaysia yang pertama untuk melayakkan diri ke kejohanan dunia itu yang dilakarnya tahun lepas.
Dengan perkembangan pesat e-sukan di Malaysia, ePM dijangka menjadi acara tahunan yang dinanti-nantikan.
Mampukah Buzzinho kembali semula ke pentas dunia pada tahun ini ataupun kita bakal dikejutkan dengan wakil Malaysia yang baru?
Anda boleh saksikan kesemua perlawanan secara langsung sehingga 19 April pada jam 9 malam sehingga 12 tengah malam menerusi aplikasi Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dan Youtube Gamesbond.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video