Persatuan Sukan Elektronik Malaysia (ESM) akan memulakan kem pusat sukan elektronik, 1 September depan, sebaik mengesahkan nama-nama pemain yang akan membawa cabaran dalam Sukan SEA Filipina 2019 dari 30 November hingga 11 Disember depan.
Pengurus ESM, Firdaus Hashim, berkata daripada senarai 58 pemain yang terpilih, hanya 21 pemain akan disenarai pendek sebelum memuktamadkannya kepada Majlis Sukan Negara (MSN) selewat-lewatnya 15 Ogos ini.
Kem latihan pusat sukan elektronik akan berlangsung selama tiga bulan dengan pemain sukan elektronik harus menyertai kelas teori dan corak permainan serta latihan ketahanan fizikal dan mental.
Tambahnya, ESM sedang berusaha untuk melantik tujuh jurulatih yang terdiri daripada seorang ketua jurulatih dan enam jurulatih, khusus bagi setiap permainan yang akan dipertandingkan.
"Kami akan mempunyai ketua jurulatih dan di bawahnya akan ada enam jurulatih bagi setiap permainan.
"Pemain-pemain juga akan memainkan peranan dalam soal pelantikan jurulatih dan kami akan membuat pengumuman mengenainya kelak," kata Firdaus dalam sesi taklimat bersama atlet menjelang Sukan SEA 2019 di Petaling Jaya, hari ini.
Dalam temasya dwitahunan itu, tuan rumah telah menyenaraikan enam acara E-sukan, antaranya Tekken 7, Dota 2, Hearthstone, Arena of Valor, Mobile Legends dan Starcraft 2.