Skuad e-sukan negara menyasarkan dua pingat emas, satu perak dan tiga gangsa dalam Sukan SEA Filipina, November depan walaupun hanya diletakkan dalam kategori B.
Bersesuaian dengan suntikan RM10 juta daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Persatuan Sukan Elektronik Malaysia (ESM) mahu membuktikan ia bukan sekadar untuk menepati perkembangan semasa.
E-sukan kini sudah menjadi sebahagian daripada sukan baru yang semakin meningkat di serata dunia.
Maka, tidak hairan Malaysia juga tidak mahu ketinggalan untuk menjadi sebahagian daripada negara yang mampu menguasai sukan itu, terutama di peringkat Asia Tenggara, yang akan dibuktikan dalam Sukan SEA.
"Ramai pemain bintang kami yang bermain di peringkat antarabangsa juga bersedia dan teruja untuk kembali ke sini bagi mewakili skuad kebangsaan.
"Apabila ini terjadi, ia akan mendorong mereka kembali ke sini untuk membantu arena tempatan," kata Presiden ESM, Datuk Ananth S. Nathan.
Latihan penuh skuad negara akan bermula bulan depan dengan sasaran 48 jam waktu latihan demi memenuhi tuntutan sasaran berkenaan.
"Kami menyasarkan emas dalam DOTA 2 (Defence of The Ancient 2) dan Heartstone kerana kami memiliki pemain bertaraf dunia dalam dua permainan itu.
"Kami menyasarkan perak dalam Tekken7 dan gangsa dalam Mobile Legend, Arena of Valor dan StarCraft," kata pengurus pasukan skuad e-sukan, Firdaus Hashim.