SUKAN LAIN

Erry Hidayat: Selama ini ayah seorang cari nafkah

Stadium Astro
Shaiful Shamsudin
15/03/2021
14:46 MYT
Sponsor Banner
Erry Hidayat: Selama ini ayah seorang cari nafkah
Bekas jaguh angkat berat negara, Hidayat Hamidon, yang mengalami masalah jantung mendapat perhatian Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB).
Kelmarin, pemenang tiga pingat emas Sukan Komanwel 1998 itu mengadu sesak nafas sebelum dikejarkan ke Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL).
Pengerusi YAKEB, Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed, menjelaskan bahawa mereka akan berusaha membawa Hidayat ke Institut Jantung Negara (IJN) dalam masa terdekat.
"YAKEB akan cuba pindahkannya ke IJN selepas mendapatkan (laporan) daripada pakar hospital besar (Kuala Lumpur), kata Noorul Ariffin.
Anaknya, Erry Hidayat, memberi gambaran situasi terbaru bahawa jantung bapanya membengkak dan lemah selain terdapat air di dalam paru-parunya.
"Pada mulanya saya berasa sedih, malah saya ingin mencari kerja sambilan untuk tolong ayah.
"Sebab dalam keluarga, dia seorang sahaja yang bekerja manakala ibu seorang suri rumah.
"Ayah cakap dia OK, padahal saya tahu dia tidak mahu saya risau. Dia berpesan supaya saya tidak berhenti separuh jalan," kata Erry.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video