Atlet para negara, S. Suresh, tidak menjangkakan dapat meraih pingat emas dalam Kejohanan Memanah Para Dunia 2019 tetapi kini meletakkan aras ranking pertama dunia sebagai sasaran baru.
Suresh menghadirkan kegembiraan buat Malaysia apabila mengungguli saingan di Hertogenbosch, Belanda, kelmarin selepas menumpaskan pemanah Amerika Syarikat, Eric Bennett, 7-3 (26-28, 26-26, 27-25, 26-25, 29-27) dalam aksi final recurve individu lelaki, sekali gus menempah tiket ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020.
Gembira dengan sokongan yang diterima daripada rakyat Malaysia, Suresh mengakui dia terlalu gembira setelah meraih kejayaan yang tidak diduga itu.
"Saya sangat gembira kerana ramai rakyat Malaysia menyokong saya melalui komen di laman Facebook. Saya tidak jangka meraih pingat kerana hanya mahu mengejar sasaran mara ke saingan Paralimpik. Apabila berpeluang, saya menyasarkan pingat," katanya.
"Saya cuba kawal diri ketika dalam final sambil terima setiap nasihat daripada jurulatih. Akhirnya, saya meraih kemenangan dalam Kejohanan Dunia."
Kejayaan di Belanda itu menyaksikan Suresh kini menduduki ranking keempat dunia dan dia kini menetapkan sasaran untuk menikmati kedudukan pertama.
"Saya tidak pernah fikir akan ke ranking keempat. Saya terkejut apabila diberitahu rakan. Mungkin saya boleh ke tangga teratas selepas ini dan diharapkan semua mendoakan saya."
Untuk rekod, kali terakhir Malaysia meraih pingat dalam kejohanan berkenaan adalah menerusi Allahyarham Salam Sidek yang meraih gangsa dalam edisi 2011 di Turin, Itali.