Skip to main content

Sukan Lain

Elakkan kesilapan bertemu Filipina -- Nyuk Fah

16517malaysiafilipina.jpg
Pasukan negara akan turun menentang Filipina dalam aksi kedua Kejohanan Ragbi Asia (ARC) Divisyen 1 di Ipoh, esok.

Walaupun berjaya menewaskan Emiriah Arab Bersatu (UAE) 36-22 dalam perlawanan pertama kelmarin, ketua jurulatih, Lee Nyuk Fah, tetap berwaspada dengan kelibat Filipina nanti.

"Tugas masih belum selesai.  Pemain tetap kena fokus kepada struktur dan perancangan permainan.  Yang penting, kurangkan kesilapan," katanya.

Ketua pasukan dan pemain fly-half negara, Mohd Shahir Asraf Rosli, pula menyeru rakan sepasukan untuk terus mempamerkan pemainan bermutu.

"Semangat saya dan rakan sepasukan membara. Kini kami lebih yakin dapat mencipta sesuatu di Ipoh.  Semuanya tidak mustahil," kata Shahir. 

Sementara itu, pemain flanker, Dineshvaran Krishnan, tetap yakin dengan pasukan. 

"Kami pernah bertemu Filipina semasa ARC Divisyen 1 tahun lalu.  Kami tewas 15-10 kerana kesilapan kami sendiri. Namun, saya yakin kali ini kami akan dapat bangkit," katanya. 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video