Skip to main content

Sukan Asia

Ekuestrian: Qabil belum fikir untuk bersara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

qabil-ambak.jpg
Selagi emas dalam Sukan Asia belum mampu digenggam, atlet ekuestrian negara, Qabil Ambak Mahamad Fathil, masih belum memberi bayangan untuk mengucap selamat tinggal jika kudrat serta situasi mengizinkannya berjuang pada tahun 2022.

Dia yang tiba di tanah air semalam tidak menolak kemungkinan mahu membawa nama negara kerana selepas beraksi dalam empat Sukan Asia, impiannya meraih pingat emas masih belum tercapai. 

Paling menghampakan sudah tentu dalam edisi kali ini apabila hanya dibezakan dengan 0.4 mata dengan atlet dari Hong Kong, Jacqueline Siu, untuk menggenggam emas.

Sejak empat edisi bermula dengan Sukan Asia Doha 2006, Qabil meraih tiga perak dan dua gangsa.

Qabil bakal berusia 42 tahun jika dia masih berkeinginan mendapat pingat emas dalam Sukan Asia yang akan berlangsung di Hangzhou pada 2022.

"Saya akan cuba sekali lagi untuk meraih emas. Agak kecewa kerana tewas tipis tetapi inilah sukan," kata Qabil.

Sementara itu, Qabil turut berharap akan ada kemunculan atlet muda agar sukan ekuestrian tidak berkubur selepas ketiadaannya satu hari nanti.

Namun, dia memahami kekangan kewangan menjadi halangan utama untuk melihat sukan itu subur di negara ini.

"Kos yang tinggi mengehadkan beberapa atlet untuk meneruskan cabaran ke Sukan Asia," tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video