Kuda atlet ekuestrian negara, Mohd Qabil Ambak Mahamad Fathil, masih perlu melepasi ujian veterinar Ahad ini selepas menempuh perjalanan lebih 24 jam untuk menyertai Sukan Asia Indonesia 2018.
Rosenstolz berada dalam keadaan baik selepas menempuh perjalanan dari Denmark. Kuda acara dressage itu tiba di Jakarta semalam dan dimasukkan air sebanyak 30 liter untuk menstabilkannya semula.
Keadaan nampak baik, namun Rosenstolz perlu melepasi ujian veterinar Ahad ini sebelum dibenarkan membuat penampilan sulung dalam Sukan Asia.
"Saya berasakan tiada masalah tetapi saingan daripada Jepun dan Korea Selantan," kata Qabil.
"Dalam kejohanan seperti Sukan Asia, semua atlet dan kuda telah bersedia menghadapi saingan," kata Dr Veterinar Ekuestrian Negara, Muhammad Fairuz Jamaluddin.
Qabil sudah menggunakan Rosenstolz, kuda milik adiknya, sejak tamat Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.
Sejak itu, dia sudah menjuarai dua kejohanan di Denmark dengan menunggang Rosenstolz.
Qabil, yang bakal membuat penampilan kelima dalam Sukan Asia, turut memiliki seekor lagi kuda, Qalisha, yang berharga RM1 juta untuk mencabar acara show jumping.