Penembak negara, Eddy Chew, sudah ada perancangan yang lebih baik berhubung masa depannya sebaik sahaja menamatkan pengajian tahun depan dan ingin segera mengakhiri kariernya sebagai atlet.
Bukan merajuk kerana tidak dihantar menyertai banyak kejohanan tahun ini, Eddy sebaliknya sememangnya sudah merancang untuk menamatkan karier sebagai atlet dan ingin mencari pekerjaan yang lebih stabil selepas ini.
Bakal menamatkan pengajian di Universiti Malaya dalam jurusan sains sukan tahun depan, pemenang pingat emas Sukan SEA 2013 tersebut sudah membulatkan tekad untuk tidak lagi bergelar atlet dan turut ingin melupakan saingan Sukan SEA Filipina 2019.
Kejohanan terakhir disertainya adalah saingan menembak universiti dunia Mac lalu dengan meraih pingat gangsa bagi acara 10m air pistol individu.
"Saya telah banyak kejayaan dan sudah tiba masa saya mengundurkan diri. Ini adalah pengakhiran saya sebagai atlet menembak," katanya.
Sudah pasti kenangan manis bersama skuad menembak negara sejak 2013 tidak akan dilupakan sambil mengharapkan peningkatan barisan penembak pelapis pula untuk terus mengharumkan nama negara.
"Saya berharap atlet-atlet muda dapat meningkat naik selepas ini."