Skip to main content

Sukan Lain

Eain Yow disaran menyerlah dalam saingan terbuka skuasy

ng-eain-yow-skuasy.jpg
Ng Eain Yow perlu lebih konsisten dalam latihan dan juga dalam kejohanan terbuka andai secara serius mahu dianggap sebagai pemain nombor satu skuasy lelaki Malaysia.

Itu pandangan pemain paling senior dalam skuad negara, Nafiizwan Adnan, yang merupakan bekas pemain lelaki utama negara. 

Sebelum posisinya dipintas Eain Yow tahun ini, Nafiizwan turut tumbang kepada rakan sepasukan yang lebih muda daipadanya itu dalam pusingan kedua Terbuka Macau, 11 April lalu.

Bagaimanapun, kedudukan di ranking ke-37 dunia tidak mencerminkan kemampuan sebenar Eain Yow yang disifatkannya sebagai tonggak masa depan negara untuk tempoh yang panjang.

"Kedudukan ranking tidak mencerminkan siapa mengalahkan siapa, sebaliknya ia berdasarkan aksi konsisten dan adalah lebih bagus sekiranya pemain dapat berbuat demikian. 

"Ranking Eain Yow lebih bagus daripada saya memandangkan dia menyertai lebih banyak kejohanan selain faktor kejohanan lebih besar yang disertainya. 

"Bagaimanapun, Eain Yow bermain di tahap dan keyakinan yang bagus.

"Sudah menjadi lumrah, pemain pelapis pasti akan menjadi lebih baik daripada saya yang akan bersara. 

"Saya berpuas hati dengan pencapaiannya kerana dapat mengalahkan saya serta menjadi pemain nombor satu negara," kata Nafiizwan. 


 

Advertisement

Must Watch Video