Shigetoshi Kotari dan Hiromasa Urakawa meninggal dunia dalam kejohanan yang sama pada minggu lalu di Korakuen Hall, Tokyo, Jepun.
Kotakori disifatkan pengsan selepas mengharungi cabaran sebanyak 12 pusingan menentang juara Oriental and Pacific Boxing Federation Lightweight remaja, Yamato Hana yang berakhir dengan keputusan seri.
Petinju berumur 28 tahun itu telah dibawa ke hospital dan menjalani pembedahan otak untuk merawat penyakit Subdural Hematoma (pendarahan di dalam tengkorak) sebelum disahkan meninggal dunia pada Jumaat akibat kecederaan itu.
Urakawa yang juga berusia 28 tahun juga disahkan meninggal dunia pada semalam selepas menjalani rawatan yang sama selepas kekalahan 'Knockout' kepada Yoki Saito.
Sejurus selepas episod gelap itu, Suruhanjaya Tinju Jepun mengumumkan untuk segala Kejohanan Oriental and Pacific Boxing Federation akan dimainkan hanya dalam 10 pusingan sahaja.