Skip to main content

Sukan Lain

Dua perenang naturalisasi di bawah radar Malaysia Swimmer

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

renang.jpg
Setiausaha Kehormat Renang Malaysia (MS), Andy Low, menegaskan terdapat dua perenang yang sudah menghantar permohonan melalui e-mel dalam menyatakan hasrat menjadi perenang naturalisasi negara.

Bagaimanapun, usaha tersebut masih memerlukan proses yang agak panjang kerana individu tersebut masih belum mempunyai pasport.

Mengambil kira pendekatan Pengarah Teknikal, Yeoh Ken Nee, yang menerapkan konsep mata kelayakan minimum buat atlet, sekali gus menyaksikan segala-galanya tidak lagi bersandarkan pencapaian lalu. 

Sebaliknya memfokuskan secara merit bagi melayakkan seseorang atlet itu dipilih bertanding ke kejohanan tertentu. 

"Saya rasa bapa atlet itu dari Malaysia tapi atlet itu tiada pasport. 

"Prosesnya akan mengambil sedikit masa.

"Idea ini memang bagus dan terbukti sebagai anak Malaysia dan melepasi catatan kelayakan maka kami akan pilihnya untuk mewakili Malaysia," katanya di Nadi Arena. 

 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video