Pemain tenis remaja negara, Christian Didier Chin, 17, menjadikan Kejohanan Tenis Remaja ITF Gred 4 di Kuala Terengganu yang bermula hari ini sebagai medan pemanas badan menghadapi Kejohanan Tenis Remaja Asia di India, 29 Mei ini.
Meletakkan sasaran muncul juara di Kuala Terengganu, Christian turut berada dalam senarai pendek skuad tenis negara menghadapi Sukan SEA di ibu negara pada Ogos.
Menurutnya, prestasi semasa dijadikan sandaran untuk menjadi antara lima pemain yang akan dipilih jurulatih negara, Adam Jaya dan Muliyadi Jamal, ke Sukan SEA.
“Saya juga berazam untuk menempatkan diri dalam ranking 100 terbaik dunia, sekaligus dapat menyertai lebih banyak kejohanan Grand Slam peringkat remaja.
“Kejohanan di Kuala Terengganu ini adalah platform terbaik untuk mengekalkan keyakinan saya sebelum ke India,” katanya yang kini menghuni ranking 231 dunia.
Cabaran Christian, pemain pilihan kedua kejohanan, dalam acara perseorangan lelaki akan bermula esok selepas mendapat laluan percuma dalam pusingan pertama.
Misinya sudah tentu menambah koleksi kejuaraan selepas muncul juara Tenis Remaja ITF Gred 5 di Kuala Lumpur, Mac lalu, gelaran sulungnya di pentas sirkit remaja ITF.
Nada sama turut disuarakan dua pemain wanita, Uma Nayar dan Sara Nayar, yang menyasarkan untuk mara ke perlawanan akhir selain turut bergandingan dalam acara beregu.
Uma, 17, mengakui bakal berdepan tentangan beberapa pemain utama, termasuk pilihan pertama dari Thailand, Mai Napatt Nirundorn, namun itu bukan penanda kekuatan mereka.
“Meskipun Nirundorn kini pada ranking lebih baik, mana-mana pemain yang berada dalam undian utama mempunyai peluang sama rata,” jelas Uma, pilihan keenam kejohanan.