Skip to main content

Sukan Lain

Dua cerita berbeza atlet silat negara hadapi Kejuaraan Asia di Vietnam

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

silat.jpg
Juara dunia dua kali kategori Kelas A Putri, Nor Farah Mazlan, mengakui cabaran sukar dilalui olehnya untuk menyesuaikan diri dalam kategori baharu iaitu Kelas B Putri.

Dengan pengalaman pertama bertanding dalam kategori itu dalam Kejohanan Nusantara 2025, Farah berjaya menjejakkan diri ke final, namun tumpas kepada juara dunia dan juara Sukan SEA edisi lalu, Safira Dwi Meilani dari Indonesia.

Bagi Farah, ia adalah pengajaran penting buat dirinya dalam perjalanan ke Kejohanan Pencak Silat Asia dan juga Sukan SEA Thailand di mana dia bakal menghadapi lawan yang sama.

"Ia agak mencabar kerana saya bertemu lawan yang baru. 

"Ia mengambil masa sedikit untuk menyesuaikan diri terhadap kategori yang memerlukan berat yang berbeza. 

"Kejohanan lalu saya anggap ia sebagai perlawanan ujian sebelum ke peringkat lebih tinggi," katanya di Nadi Arena.

Sementara itu, pemenang emas kategori tanding Kelas D Putra dalam Sukan SEA Kemboja, Muhammad Izzul Irfan, mengharapkan ujian terakhir dalam kejohanan Asia itu akan menjadi tonik terbaik dalam misi mempertahankan pingatnya itu akhir tahun ini.

"Ia sebagai satu penilaian terakhir, selain melihat potensi dan keupayaan atlet daripada lain sebelum bertanding dalam Sukan SEA.

"Harapan saya sememangnya untuk mengekalkan pingat emas, itu sahaja," katanya.

Advertisement

Must Watch Video