Persaraan Datuk Zaiton Othman sebagai Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PJS), Mac lalu, memperlihatkan beberapa persatuan sukan dilanda kemelut dalaman.
Bagaimanapun, perkara itu akan menemui jalan penyelesaiannya selepas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, mengumumkan pelantikan PJS baru semalam.
Selepas tiga bulan, Pensyarah Kanan Pusat Sukan Universiti Malaya (UM), Prof. Madya Dr. Wirdati Mohd Radzi, dilantik bagi menggantikan Zaiton, sekali gus perlu menyelesaikan segala konflik dalaman setiap persatuan sukan secepat mungkin.
Antara cabaran utama yang perlu diselesaikannya ialah konflik dalaman Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF) dan isu penangguhan mesyuarat agung tahunan (AGM) Majlis Paralimpik Malaysia (MPM).
Ikuti perkembangan terperinci dalam Nadi Arena jam 7.30 dan 11 malam ini.