Calon timbalan presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Dr S. Radha Krishnan, sedia menarik diri daripada bertanding setelah krisis dalaman badan induk itu semakin meruncing sehingga menjejaskan keharmonian sesama ahli.
Dr. Radha mempertikaikan tindakan sesetengah pegawai MPM yang tampak cuba mengambil kesempatan daripada kemelut yang melanda badan itu.
Difahamkan, mereka sudah mengadakan pertemuan dengan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, hari ini, namun tidak mendedahkan intipati perbincangannya.
Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) MPM, Sabtu lalu, terpaksa ditangguhkan kerana melanggar beberapa perkara dalam perlembagaan. Untuk itu mereka perlu mengemukakan tarikh baru kepada Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PPS).
"Saya sudah serik untuk membabitkan diri.
"Kalau perkara ini berlarutan, saya menjadi orang pertama yang berasa amat sedih.
"Satu-satunya kegusaran yang saya sering katakan adalah terhadap nasib atlet, mereka akan berputus asa.
"Dalam perbalahan pegawai-pegawai ini, yang rugi adalah mereka (atlet)," katanya.
Beliau juga ingin terlebih dahulu berjumpa Pesuruhjaya Sukan (PJS) yang baru, Profesor Madya Dr. Wirdati Mohd Radzi, untuk menerangkan situasi sebenar kemelut yang dihadapi MPM.
"Saya tidak mahu diheret ke mahkamah ekoran kemelut ini.
"Ia hanya merugikan masa dan duit saya sahaja.
"Kalau boleh, saya mahu ke PPS secepat mungkin untuk mendapat nasihat mengenai langkah terbaik (menangani kemelut ini)," katanya.