Skip to main content

Sukan Lain

Doping: Perak yakin atlet judo tidak bersalah

howard.jpg
Perak tampil tegas dalam usaha membersihkan nama atlet judo mereka yang terpalit dengan skandal doping ketika saingan Sukan Malaysia (Sukma) Perak 2018.

Walaupun perlu menjalani siasatan dan pendengaran, Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan 
Perak percaya atlet tersebut tidak bersalah.

Dia yang mengalami kecederaan bahu kanan 6 September lalu dikatakan segera mendapatkan 
rawatan tiga hari kemudian.

Rawatan menerusi suntikan ke bahagian sendi dengan kandungan mengandungi triamcinolone di bawah dos itu dibenarkan dan ia berada dalam pengetahuan kontinjen Perak.

Menurut jawatankuasa itu, latar belakang rawatan tersebut secara teperinci tidak menyalahi 
tatatertib Agensi Anti Doping Dunia (WADA).

"Menurut undang-undang, penggunaan bahan melibatkan sendi itu tidak salah di dalam dan di luar gelanggang. 

"Ini adalah maklumat rasmi daripada badan antarabangsa," kata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan Perak, Howard Lee Chuan How.
 

Advertisement

Must Watch Video