Pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic, berharap saingan Jelajah ATP akan bersambung dalam masa terdekat setelah bergelut secara mental sepanjang pandemik Covid-19 ketika ini.
Saingan Jelajah ATP digantung sekurang-kurangnya sehingga 13 Juai depan berikutan krisis Covid-19, yang telah membunuh lebih daripada 228,000 mangsa secara global.
Kejohanan Wimbledon tidak dapat diadakan buat kali pertama sejak Perang Dunia Kedua manakala Djokovic tidak pernah menjejak gelanggang sejak memenangi kejuaraan kelima Kejohanan Tenis Dubai, Februari lalu.
"Secara rasminya pada 13 Julai tetapi mereka telah membatalkan kejohanan WTA di Kanada (Piala Rogers), tetapi ia bukan acara lelaki," kata pemenang kejohanan grand slam 17 kali itu kepada Sky Sport Italia.
"Kami perlu melihat keadaan di Amerika Syarikat kerana di situlah kami akan bermain pada Ogos depan.
"Jika ia menjadi kurang berisiko, kami boleh memulakannya.
"Terdapat juga pilihan untuk membatalkan kejohanan di Amerika itu dan bermula dengan kejohanan tanah liat pada musim luruh, mungkin ke Rome selama dua atau tiga bulan.
"Saya harap kami dapat kembali bermain semula," katanya.
Djokovic, yang memegang rekod lapan kejuaraan Terbuka Australia, menambah: "Bagi pemain tenis seperti kami, amat penting untuk mengetahui ketetapan jadual kejohanan.
"Secara rasminya, ia adalah 13 Julai depan tetapi ramai yang berkata ia tidak mungkin dapat dimulakan pada tarikh berkenaan.
"Amat penting untuk saya memiliki rutin, saya tidak boleh menunggu tarikh itu.
"Saya berlatih di gimnasium setiap hari, berlari di rumah, bermain dengan anak dan ia juga satu kepayahan.
"Pada awalnya, saya kosong secara mental dan keliru, saya kekurangan ketenangan.
"Saya bercakap dengan pasukan, saya cuba berlatih setiap hari, walaupun saya tidak melakukan persediaan berdasarkan surat itu," tambahnya.