Novak Djokovic percaya seteru yang menyingkirkannya dalam Grand Slam Terbuka Australia, Chung Hyeon, memiliki kualiti untuk menjadi pemain dalam kelompok 10 terbaik dunia berikutan kejayaannya menumpaskan bekas pemain nombor satu dunia itu di Melbourne, malam tadi.
Juara NextGen itu menewaskan Djokovic yang bergelut dengan kecederaan lama di bahagian siku 7-6 (7-4), 7-5, 7-6 (7-3) untuk menempah pertemuan dengan pemain yang turut melakar kejutan, Tennys Sandgren, dalam suku akhir.
Selepas pertarungan itu, pemain Korea Selatan berkenaan merujuk juara Terbuka Australia enam kali itu sebagai idolanya dan gaya permainannya adalah sama dengan Djokovic ketika dia merakamkan kemenangan mengejut sehingga mengundang perhatian pemain berusia 30 tahun itu.
"Pendekatan permainan kami sangat serupa," kata Djokovic. "Dia pasti akan berada dalam kelompok 10 terbaik dunia. Sejauh mana dia boleh berkembang, itu bergantung kepadanya.
"Jelas sekali, saya menghormatinya kerana dia seorang yang bekerja keras dan berdisiplin. Dia seorang individu yang baik, tenang, anda dapat lihat dia mengambil berat mengenai kerjaya dan persembahannya.
"Jadi, saya pasti dia akan meraih beberapa keputusan yang sangat baik pada masa akan datang," katanya.
Djokovic mengalahkan Chung dalam pusingan pertama di Melbourne Park dua tahun lalu, namun kemajuan pemain berusia 21 tahun itu menarik perhatiannya.
"Terdapat banyak perbezaan besar," kata Djokovic. "Jelas sekali dia lebih kuat dari segi fizikal.
"Dia menempuhi beberapa perlawanan besar dalam tempoh 15 bulan terakhir di pentas besar. Saya fikir ia membantunya membina keyakinan dan pengalaman dalam membuat keputusan.
"Hari ini, dia hebat dalam beberapa detik. Dia tidak menunjukkan banyak kelemahan, dia benar-benar konsisten dan bermain hebat," katanya lagi.