Skip to main content

Tenis

Djokovic buktikan sudah sedia

190517djokovic_1.jpg
Bekas pemain no.1 dunia, Novak Djokovic, membuktikan dirinya sudah bersedia untuk menyertai Kejohanan Terbuka Perancis apabila melangkah ke peringkat suku akhir Internazionali BNL d'Italia selepas menyingkirkan Roberto Bautista Agut, semalam.

Djokovic bakal berdepan Juan Martin del Potro yang menewaskan pemain dari Jepun, Kei Nishikori, dalam satu lagi aksi berasingan.

Dalam pertemuan di Foro Italico, Djokovic mudah menewaskan Bautista Agut, 6-4, 6-4.

Meskipun berjaya merakamkan kemenangan pertama ke atas Djokovic dalam percubaan keenam di Shanghai Masters, Oktober lalu, namun segala-galanya tampak mustahil buat Agut untuk mengulangi kejayaan tersebut.

Djokovic tampak lebih selesa dalam gelanggang berbanding aksi-aksi sebelum ini, sehingga mendahului 4-3 ketika Agut kerap melakukan kesilapan mudah.

Biarpun Agut cuba untuk memberi tentangan dalam aksi kedua, Djokovic tenang mengawal tempo permainan walaupun ketinggalan tiga kali pada awal aksi kedua sebelum terus menamatkan perlawanan.

Kemenangan ini menunjukkan satu petanda bahawa Djokovic bakal memberikan tentangan sengit dalam Terbuka Perancis  tidak lama lagi.

Advertisement

Must Watch Video