Institut Sukan Negara (ISN) memberi jaminan kebajikan atlet kebangsaan akan diberi keutamaan tatkala mereka membuka pintu perkhidmatan kepada orang awam.
Dalam usaha menjana pendapatan tambahan, ISN mengumumkan pelancaran Pusat Perubatan Sukan Negara (PPSN), hari ini.
PPSN memanjangkan tujuh jenis perkhidmatan yang tersedia buat atlet kebangsaan kepada orang awam, termasuk kepakaran fisioterapi dan rehabilitasi.
Jaminan ISN terhadap kualiti penjagaan atlet elit negara di sebalik penubuhan PPSN adalah berdasarkan statistik bebanan kerja rendah membabitkan kakitangan sedia ada.
"Tahap penggunaan perkhidmatan ISN ketika ini hanya sekitar 40 peratus dan ini bermakna masih banyak ruang yang boleh diterokai untuk orang awam.
"PPSN tetap akan mengutamakan atlet negara yang berada dalam program seperti Program Podium, pelapis dan Sukan Paralampik.
"Keutamaan akan diberikan kepada atlet negara daripada segi rawatan, kemudian barulah khidmat PPSN akan dibuka kepada orang awam.
"Ini adalah salah satu inisiatif ISN selaku badan berkanun persekutuan.
"Kami berasakan adalah wajar untuk ISN meneroka peluang perniagaan yang baru untuk mengekalkan kelangsungan ISN dalam masa yang panjang," kata Ketua Pegawai Eksekutif ISN, Ahmad Faedzal Md Ramli.