Penerjun negara, Cheong Jun Hoong, tidak terkejut Malaysia gagal meraih pingat acara 10 meter platform terjun seirama dalam tiga Siri Dunia, sekali gus berdepan cabaran sukar menjelang Kejohanan Dunia di Gwangju, Korea, Julai depan.
Gandingan Nur Dhabitah Sabri-Pandelela Rinong baru digandingkan dalam tempoh kurang setahun.
Tempoh itu terlalu singkat untuk mencabar kejohanan besar seperti Siri Dunia yang membabitkan lapan pasangan ranking terbaik dunia.
Apa yang lebih membimbangkan, acara itu adalah harapan terbaik meraih pingat Kejohanan Dunia atau Sukan Olimpik.
"Saya berasakan mereka sudah serasi ketika beraksi, cuma perlu menampilkan terjunan yang terbaik. Acara serirama agak penting buat kedua-dua penerjun melakukan yang terbaik," kata Jun Hoong.
Jun Hoong tidak akan mempertahankan pingat emas 10m individu platform Kejohanan Dunia di Gwangju kerana sedang menjalani rawatan pemulihan kecederaan lutut.
Dia dijangka membuat penampilan semula dalam Piala Asia di Bukit Jalil, September depan yang juga kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020.