Tanda tanya kini menyelubungi atlet terjun negara, Nur Dhabitah Sabri, yang mungkin dipisahkan dengan gandingan semasanya, Pandelela Rinong, dalam acara terjun seirama.
Ini kerana gandingan asal ratu terjun negara itu, Cheong Jun Hoong, kini kembali pulih daripada kecederaan.
Dhabitah digandingkan sementara dengan Pandelela selepas pasangannya, Jun Hoong, mengalami kecederaan belakang.
Gandingan Dhabitah dan Pandelela berjaya menghasilkan kejayaan, terutama ketika Siri Terjun Dunia di Windsor, Kanada apabila meraih perak dalam acara 10 meter platform berirama.
Tetapi Jun Heong dikhabarkan sudah pulih sepenuhnya, membawa kemungkinan Dhabitah akan dipisahkan dan digandingkan dengan penerjun lain.
"Saya akan turuti dan fokus kepada apa jua arahan jurulatih. Mana-mana pun tak kisah," kata Dhabitah.
Seorang lagi penerjun, Wendy Ng Yan Yee, yang makin menunjukkan peningkatan positif selepas pulih daripada kecederaan bahu kiri dan belakang, sudah tidak sabar untuk kembali menjalani latihan.
Selain fokus untuk menghadapi Sukan SEA, Ogos ini, Kejohanan Terjun Dunia di Budapest, Hungary pada Julai depan turut menjadi keutamaannya.
"Sudah tentu saya belum diberitahu apa-apa lagi memandangkan saya masih di bawah proses pemulihan tetapi keadaan saya semakin pulih.
"Saya harap dapat mengikuti latihan di China kerana kami akan menghadapi Sukan SEA dan Kejohanan Terjun Dunia," katanya.