Skip to main content

Hoki

Dhaarma: Skuad negara sudah mampu bersaing dengan India

hokiwanitanegara.jpg
Jurulatih skuad hoki wanita negara, Muhammad Dhaarma Raj Abdullah, tidak kekok untuk melabel barisan kendaliannya kini sudah mampu mencetus gerun ke atas India selepas apa yang berlaku dalam aksi persahabatan terakhir, semalam.

Pukulan sudut penalti yang diterima Malaysia di saat-saat akhir menjadi kontroversi hingga rasa tidak puas hati barisan kejurulatihan India disulami dengan kata-kata kesat yang tidak sepatutnya diluahkan.

Dhaarma tidak mahu memburukkan lagi keadaan, bagaimanapun ada kesimpulan mudah dibuat pengendali itu.

Tegas Dhaarma, India jelas takut dengan kredibiliti yang mampu direncanakan skuad negara.

"Apabila kata-kata kesat dikeluarkan oleh pengendali skuad India, ia membuatkan saya marah tetapi saya memilih untuk bertenang dan mengawal emosi," katanya.

Beberapa perubahan teknik yang cuba diserapkan Dhaarma tampak belum serasi, namun dia optimis anak buahnya mampu menyerlah menjelang Kejohanan Pusingan Akhir Siri Hoki Dunia bulan depan.

"Masih terdapat kekurangan yang ditampilkan skuad negara tetapi peningkatan mula terhasil menerusi perlawanan terakhir," ujarnya.

Advertisement

Must Watch Video