Ketua jurulatih skuad hoki wanita negara, Muhammad Dhaarma Raj Abdullah, kembali menggalas tugas dalam sesi latihan bersama pemain hari ini menjelang Sukan Asia 2018 setelah terlantar di hospital sejak Rabu lalu.
Barisan pemain negara mampu menarik nafas lega selepas Dhaarma dibenarkan keluar dari hospital pada Jumaat lalu dan disahkan tidak mengalami sebarang masalah yang serius, sekali gus dibenarkan untuk ke Indonesia bersama pasukan.
Bagi Dhaarma, tiga hari ketiadaannya di padang sudah cukup merugikan dan kini kembali menerapkan apa yang sudah ketinggalan selepas memulakan tugas hari ini dengan tahap kesihatan yang memuaskan.
Mereka kini memulakan latihan seawal jam 6.45 pagi setiap hari sebelum terbang ke Indonesia pada Khamis ini.
"Pemain saya tampak yakin. Saya sudah terlepas tiga hari sesi latihan dan ia membuatkan saya tidak gembira. Sebab itu saya hadir hari ini dengan penuh semangat," katanya.
Tatkala sesi latihan hanya tinggal dua hari lagi di Bukit Jalil, segala aspek kelemahan sudah pun diperbaiki dan kini dia mahu memastikan barisan pemain dapat menerapkan suasana saingan sebenar dengan lebih serius di padang.
"Kami cuba ulang kaji apa yang telah dilakukan sebelum ini. Kini, kami fokus dengan perlawanan menentang China dan Jepun. Mengenai pertemuan dengan Hong Kong dan Chinese Taipei, saya rasa ia tidak menjadi masalah buat kami."